Saturday, March 20, 2010

Cermin Mata Baru

Hari ini hari Sabtu. Pagi tadi gerimis. 'Ammar bangun awal sebab Mama kejut untuk sembahyang Subuh. Selepas sembahyang Subuh Ammar tidur balik. 'Ammar bangun pukul 8.30. Hari ini `Ammar sarapan nasi goreng dan kuih coklat yang Atok buat semalam. 'Ammar dan Imran tolong Ucu basuh pinggan.


`Ammar tidak sabar nak dapat cermin mata baru. Tahun lepas `Ammar ada cermin mata tapi dalam beberapa bulan dah hilang. Selepas Ayah dan Mama pergi kenduri, Mama suruh `Ammar dan Imran bersiap-siap untuk mengambil cermin mata baru `Ammar,Imran dan Hasan. Selepas itu `Ammar ,Imran,Hasan,Huda,Ayah dan Mama bertolak pergi ke kedai cermin mata. Cermin mata `Ammar warna biru . Cermin mata Imran pula warna putih. Hasan pula warna hitam cerminnya pun warna hitam. Selepas ambil cermin mata `Ammar,Imran ,Hasan,Huda,Ayah dan Mama bertolak ke pasaraya Summit. Yang `Ammar dapat ialah majalah Ana Muslim sahaja. Imran pula dapat majalah Celik. Hasan pula dapat mainan kapal terbang yang boleh keluar lampu dan boleh keluar lagu. Huda pula dapat anak patung yang boleh bercakap bahasa inggeris.



Inilah buku 'Ammar. 'Ammar sudah habis membacanya. 'Ammar baca guna cermin mata baru. Sungguh terang. Kawan-kawan bacalah buku ini..best tau..tak rugi...

No comments:

Post a Comment