Tuesday, March 23, 2010

Kisah Hasan Ar - Rashid




Hasan Ar - Rashid adalah adik saya yang kedua. Hasan suka marah sepupu saya yang bernama Aaeisya Maisarah. Dia manja dengan saya sahaja. Saya selalu buat susu dia dan Delima Plus. Hasan seorang adik yang periang dan manja. Dia suka buat mimik mukayang lawak. Dia suka bermain dengan saya. Dia panggil Maisarah "ayah" dia panggil Aaeisya "aiccah" dia juga memanggil Imran "iman".Dia juga manja dengan mak ciknya ucu. Kerana ucu suka bawanya naik motor "boom, boom, boom". Dia sangat sayangkan adiknya Huda At -Tasneem. Ketika ayah dan mama kerja Hasan dan Huda dihantar ke rumah pengsuhnya cik Amah. Dia juga manja dengan cik Amah yang dipanggil "mak".

Monday, March 22, 2010

Belajar Recorder

Hari ini hari Isnin. Pagi tadi `Ammar, Imran dan sedara `Ammar namanya Aaesyatul Mardhiyah binti Zulhaidi pegi ke sekolah. Kami pergi ke sekolah dengan menaiki kereta baru ayah saya Exora. Apabila tiba di sekolah, saya, adik saya dan sedara saya turun daripada kereta dan terus pergi ke kelas. Apabila bunyi lonceng, semua murid - murid wajib turun ke bawah untuk mengadakan perhimpunan. Apabila tamat perhimpunan semua murid - murid kena pergi ke kelas masing - masing. Apabila semua murid- murid sudah masuk kelas masing - masing, kelas `Ammar dimulakan dengan bahasa malaysia. Apabila tamat masa bahasa malaysia,muzik pula yang kelas `Ammar diadakan selepas masa bahasa malaysia. Masa muzik sangat seronok. Nak tahu apa yang seronok tu?

Yang seronok tu adalah `Ammar belajar Recorder. Recorder ada 4 jenis. Yang pertama Recorder yang besar. Yang kedua pula Recorder sederhana besar. Kemudian, yang ketiga pula Recorder sederhana. Yang terakhir pula Recorder kecil. Saya bermain Recorder yang sederhana. Sedap lagu yang cikgu ajar. sekarang `Ammar dah pandai main Recorder.

Sunday, March 21, 2010

Diri Saya

Nama saya ialah `Ammar An- Nu`man bin Yasir. Saya berumur 9 tahun. Saya tinggal di No. 11D KG. PADANG SARI MUKIM 4 BATU PAHAT, JOHOR. Saya belajar di tahun tiga wawasan. Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Utama. Hobi saya ialah bermain bola sepak, melukis dan membaca. Cita-cita saya ialah menjadi bersihkan masjid dan juruterbang.





Inilah gambar `Ammar...tapi masa ini `Ammar tahun satu...

Saturday, March 20, 2010

Keluarga Saya

Hampir setiap orang mempunyai keluarga, begitu juga dengan saya.Nama saya ialah `Ammar An- Nu`man bin Yasir.Saya berumur 9 tahun.Saya tinggal di No. 11D KG.PADANG SARI MUKIM 4 BATU PAHAT, JOHOR.
Bapa saya bernama Yasir bin Abd Warif.Bapa saya berkerja sebagai guru.Beliau berkerja di Sekolah Kebangsaan Seri Utama. Dan beliau menjadi guru bahasa Arab.Umur Bapa saya ialah 32.
Ibu saya bernama Nor Ibtisam binti Yahya.Ibu saya juga berkerja sebagai guru.Beliau berkerja di Sekolah Kebangsaan Seri Maimon. Dan beliau juga menjadi guru bahasa Arab. Umur Ibu saya pula ialah 33.
Adik saya benama Imran Al- Munir bin Yasir.Dia berumur 7 tahun.Adik saya yang ketiga pula bernama Hasan Ar- Rashid bin Yasir. Dia berumur 2 tahun lebih. Adik saya yang terakhir pula bernama Huda At- Tasneem. Dia berumur 9 bulan.



Inilah gambar keluarga `Ammar...ada Ayah, Mama, Hasan, Huda, Imran dan `Ammar. Keluarga `Ammar ada enam orang.Tapi masa ini `Ammar tahun dua.

Cermin Mata Baru

Hari ini hari Sabtu. Pagi tadi gerimis. 'Ammar bangun awal sebab Mama kejut untuk sembahyang Subuh. Selepas sembahyang Subuh Ammar tidur balik. 'Ammar bangun pukul 8.30. Hari ini `Ammar sarapan nasi goreng dan kuih coklat yang Atok buat semalam. 'Ammar dan Imran tolong Ucu basuh pinggan.


`Ammar tidak sabar nak dapat cermin mata baru. Tahun lepas `Ammar ada cermin mata tapi dalam beberapa bulan dah hilang. Selepas Ayah dan Mama pergi kenduri, Mama suruh `Ammar dan Imran bersiap-siap untuk mengambil cermin mata baru `Ammar,Imran dan Hasan. Selepas itu `Ammar ,Imran,Hasan,Huda,Ayah dan Mama bertolak pergi ke kedai cermin mata. Cermin mata `Ammar warna biru . Cermin mata Imran pula warna putih. Hasan pula warna hitam cerminnya pun warna hitam. Selepas ambil cermin mata `Ammar,Imran ,Hasan,Huda,Ayah dan Mama bertolak ke pasaraya Summit. Yang `Ammar dapat ialah majalah Ana Muslim sahaja. Imran pula dapat majalah Celik. Hasan pula dapat mainan kapal terbang yang boleh keluar lampu dan boleh keluar lagu. Huda pula dapat anak patung yang boleh bercakap bahasa inggeris.



Inilah buku 'Ammar. 'Ammar sudah habis membacanya. 'Ammar baca guna cermin mata baru. Sungguh terang. Kawan-kawan bacalah buku ini..best tau..tak rugi...